IPG Kampus Temenggong Ibrahim

 Pengenalan

 

Unit Peperiksaan dan Penilaian merupakan satu unit yang menguruskan sistem peperiksaan dan penilaian bagi pelajar pendidikan guru yang sedang menjalani latihan pra-perkhidmatan seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah (KPLI-SM), Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).Sistem peperiksaan dan penilaian bagi Kursus Dalam Cuti juga diuruskan oleh unit ini. Selain itu, unit ini juga mengurus dan mentadbir proses peperiksaan dan penilaian bagi peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) seperti Kursus Tambah Opsyen (Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris) dan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK). 

Selain itu juga, unit ini berfungsi memantapkan sistem Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru yang boleh dipercayai, sah dan tekal serta menyediakan maklumat yang tepat mengenai prestasi akademik bagi membantu bakal pendidik guru mencapai potensi diri dan menjadi pengamal Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam pelaksanaan tugas.

Laman Web Unit Peperiksaan Dan Penilaian


Read more: Pengenalan