IPG Kampus Temenggong Ibrahim

 

Praktikum KPLI / KDPM / PISMP

Praktikum KPLI / KDPM
Sila klik untuk muat turun buku panduan bagi pelajar-pelajar KPLI/KPLISR/KPLI KDC dan KDPM. Dapatkan kata kunci untuk buka buku ini daripada Penyelaras Praktikum Jabatan masing-masing.

Praktikum PISMP
PENULISAN JURNAL


1. Konsep

Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri.

2. Objektif

Pelajar dapat:

2.1 menyimpan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk dijadikan renungan
2.2 menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya
2.3 menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara berterusan
2.4 meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid
2.5 menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruannya
2.6 meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana pemikiran kritis dan analitikal
2.7 meningkatkan kemahiran profesionalismenya

3. Garis Panduan
3.1 Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.
3.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum.
3.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi pandangan, cadangan.dan tindakan susulan.
3.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan.
3.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah difokuskan.
3.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.
3.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai guru profesional.
3.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing.

4. Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian
4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.
4.2 Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

Jurnal perlu disediakan oleh pelajar, sekurang-kurangnya satu jurnal yang lengkap setiap bulan.

Sila klik untuk muat turun dokumen untuk praktikum seperti berikut:

1. Contoh jurnal praktikum PISMP

2. Satu fail zip yang mengandungi senarai semak dan borang-borang:

Borang Maklumbalas Pengajaran Berpasangan, Borang Kehadiran, Laporan Aktiviti Kokurikulum, Senarai semak portfolio praktikum dan Senarai semak penulisan jurnal


3. Satu fail zip yang mengandungi borang-borang untuk Guru Pembimbing:

Borang Tuntutan Elaun, Borang Tuntutan Perjalanan